Ahad, 21 November 2010

TerkEnang DiZaman PerkAhwinan

Songket...sgt suka baju dan gambar ni...nice
Oleh kerana kami fan kepada Pasukan Chelsea...jadi kami pilih biru...Chelsea..chelsea
Gold is emas : Ikan Emas
ala2 british la kunun2...
hati bedebar2...dab...dab..dab...(begitu ka bunyi tu)...
inilah saat bahagia sy ngan my luvly dear.....mcm mau kawin lg balik...hehehe...tQ to Khay coz ambik gambar yg sgt cantik tym tu...also TQ to Far Fecca and Wai..kalu kamu teda tym tu...sepa la lg yg boleh buat best memory mcm ni...TQ so much....Ops..Lupa..Also TQ to JAiro...kwn Kepada my Hubby...coz amik gambar tym kawin di membakut...


MeOw Tupai




Yang 2 ekor kucing ni...bukan watak utama dlm cerita sy petang ni....hehe


ini lah kucing basing... sdg makan ikan...(hari2 sy manja2 tapi makan ikan saja)...
nanti abg Johan beli makanan ah...hahaha

Petang2 ini sy mau cerita pasal Kucing...Kucing ni Boleh dikatakan Jinak...tapi kadang2 liar...ekor Kucing ni macam ekor Tupai..Kalau dalam bahasa Brunei..Tupai ni bermaksud Basing..mcm juga dalam bahasa Dusun...Basing juga.. Kucing ni..dirumah Hubby panggil Nakuyu Dih...haha...lucu!! maksudnya kenapa tu? diambil dari bahasa dusun...habis sudah cerita saya...sja ja.. menghilangkan rasa boring....uhmmmmm tepuk tangan!!!

Jumaat, 19 November 2010

Mesti Tau...

Sumber : PA&MA JUN 2009

Haid tidak teratur sering dianggap salah satu punca wanita sukar hamil sementelah waktu subur sukar ditentukan. Menurut Dr. Adilah Ahmat, Pakar Perbidanan & Sakit Puan di Pusat Perubatan Pantai Bangsar, permasalahan ini dpt diatasi jika anda tahu caranya. Ikuti kupasan lanjut bersama INTAN JASTINA JAMALUDDIN.

Umum sering menganggap kitaran haid normal ialah setiap 28 hari. Hakikatnya, kitaran haid yg lazim adalah 25 hingga 35 hari! Untuk mengetahui waktu subur, wanita perlu memahami terlebih dahulu apa yg berlaku dari hari pertama haid sehingga hari pertama haid berikutnya.

Seawal hari pertama haid, sekumpulan telur baru (8-15 telur) telah memulakan proses pembesaran. Di kalangan wanita subur, hanya satu telur terus membesar dan mengalami ovulasi (tanpa rangsangan ubat). Telur-telur yg lain akan mengalah dan tidak menjadi. Bg wanita yg tidak subur, tiada satu pun telur yg akan membesar.

Pada masa yg sama, fasa proliferatif di amna lapisan endometrium di bahagian paling dalam dinding rahim akan menebal kesan rangsangan hormon estrogen. setelah ovulasi, hormon progesteron yg akan dihasilkan oleh kantung luteal, ovari akan mematangkan lapisan endometrium (fasa luteal). Ini sbg persediaan menerima kehadiran embrio. Jika tidak hamil, ia akan gugur sebagai haid. Tempoh fasa proliferatif tidak semestinya sama bg setiap wanita subur. namun, tempoh fasa luteal biasanya sama iaitu 14 hari. Ini bermakna, setelah 14 hari berlaku ovulasi, tempoh luteal tamat dan wanita akan haid jika tidak hamil. Ini turut bererti, waktu subur lebih tepat dikira sekitar 14 hari sebelum jangkaan haid berikutnya.

Waktu ovulasi adalah waktu paling subur. Jika kitaran haid wanita adalah setiap 28 hari, waktu ovulasinya adalah pada hari ke-14 (25 tolak 14). Bg wanita yg kitaran haidnya 35 hari, waktu ovulasinya adalah pada hari ke-21 (35 tolak 14).

Dalam pada itu, ada wanita menyangka jika haid mereka datang pada setiap haribulan yg sama, maka kitaran haidnya tetap! Ini tidak benar kerana ada bulan yg mempunyai 30, 31, 28 atau 29 hari. Seelok-eloknya wanita mencatat hari pertama haid setiap kitaran selama 6 bulan untuk mengetahui jumlah hari kitaran paling pendek dan paling panjang.

KALENDAR KITARAN HAID
Maklumat berikut perlu diketahui sebelum memahami waktu subur.

* Paling subur
Dari 72 jam (tiga hari) sebelum ovulasi sehingga 24 jam selepas ovulasi. Jika sperma ada di dalam tiub fallopian dari 72 jam sebelum ovulasi pun, persenyawaan masih boleh berlaku kerana hayat sprema masih ada.

* Waktu berjaga-jaga
Dlm tempoh 5 hari sebelum ovulasi sehingga 2 hari selepas ovulasi. Ovulasi masih boleh berlaku (bukannya tepat) sekitar 14 hari sebelum jangkaan.

* Paling kurang subur
Lebih 5 hari sebelum ovulasi atau lebih 2 hari selepas ovulasi.

UJIAN... UJIAN...

1. Air kencing
Pada saat akhir menghampiri ovulasi, berlaku proses LH surge di mana paras hormon LH meningkat secara mendadak sehingga mencetus ovulasi. Kehadiran LH surge dikatakan berlaku apabila kelihatan jalur berwarna yg sama atau lebih jelas daripada jalur neutral di kit khas yg digunakan dlm ujian ini.

Ketepatan ujian boleh terganggu dengan kehadiran faktor-faktor yg mengubah paras hormon LH di dalam tubuh seperti kehamilan, menopaus, penyakit-penyakit tertentu (PCOS), ubat kesuburan, ubat-ubatan mengandungi hCG atau LH dan lain-lain. Waktu bacaan juga boleh mengubah warna dan kepekatan jalur bacaan.

Memandangkan LH sedia ada di dalam tubuh, tidak mustahil jalur berwarna samar kelihatan seawal ujian pertama. Dalam keadaan ini, ujian dianggap negetif. Ia tidak sama spt ujian air kencing utk kehamilan. Perubahan keputusan daripada negetif pada hari-hari sebelum LH surge sehingga hari di mana ujian menjadi positif menunjukkan ovulasi semakin hampir dan mungkin berlaku dalam masa 24-48 jam. Oleh itu, pasangan suami isteri perlu melakukan hubungan intim bermula beberapa hari sebelum ovulasi. Namun, bilangan kitaran haid seeloknya diketahui agar tidak berlaku pembaziran akibat menggunakan terlalu banyak keping kit ujian.

Bagi wanita yg diketahui mempunyai masalah pembesaran telur dan ovulasi, kaedah ini tidak sesuai digunakan bersendirian tanpa bantuan ubatan atau teknik pemantauan yg lebih berkesan.

2. Darah
Paras hormon progesteron dapat memberi gambaran sama ada ovulasi berlaku ataupun tidak. Lazimnya, ujian darah dilakukan pada hari ke-21 kitaran haid. Ia mengambil kira andaian bahawa bagi kitaran haid 28 hari, ovulasi yg berlaku pada hari ke-14 akan menyebabkan korpus luteum mula menghasilkan hormon progesteron. Maka pada hari ke-21, dijangka paras hormon progesteron meningkat. Bagi kitaran haid 35 hari, ovulasi dijangka berlaku sekitar hari ke-21.

3. Ultrasound
Kaedah ini dapat menunjukkan pembesaran telur dan bilangannya (terutamanya bagi wanita yg mengambil ubat subur) selain menentukan waktu paling subur berdasarkan saiz kantung telur dan ketebalan lapisan endometrium. Malah bukti ovulasi telah berlaku juga boleh ditunjukkan setelah tempoh itu. Walau bagaimanapun, ia memerlukan lawatan susulan berkali-kali. Hari temujanji sukar ditentukan kerana ia lebih berdasarkan tarikh haid wanita dan kadar pembesaran telur.

USAH TUNGGU WAKTU SUBUR

Secara amnya, ovum mampu bertahan 24 jam selepas ovulasi. Sperma pula dapat bertahan sehingga 72 jam selepas enjakulasi. Jika sperma bertemu ovum dalam masa 24 jam selepas ovulasi, peluang untuk hamil adalah tinggi. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bagi pasangan yg subur, peluang hamil adalah sekitar 15-25% dan ia adalah angka yg normal.

Bagi meningkatkan peluang, hubungan seks sehingga ejakulasi ke dalam faraj sepatutnya dilakukan tanpa mengira waktu subur. Lakukan secara kerap sekurang-kurangnya selang dua hari bagi memastikan sperma berada di dalam tiub falopian setiap masa termasuklah pada waktu ovulasi (tidak termasuk waktu haid). Kajian membuktikan, hubungan seks secara kerap (2-3 kali seminggu) lebih membuahkan kehamilan berbanding hubungan seks yg tertumpu kepada jangkaan waktu subur.

INFO
  • Sedikit kesakitan mungkin dialami segolongan wanita sewaktu ovulasi. Ia tertumpu di bahagian bawah abdomen sama ada kanan atau kiri dan boleh menjalar sehingga ke kawasan pusat. Sakit ini dikenali sebagai mittelschmertz. Namun, tanpa kesakitan ini tidak bermakna seseorang wanita tidak mengalami ovulasi pada bulan tersebut.
Petua lain untuk mengetahui waktu subur adalah berdasarkan perubahan ciri-ciri lendir dalam fasa proliferatif. Lendir inibertukar menjadi lebih jernih dan cair seperti putih telur yg masih mentah utk memudahkan pergerakan sperma menembusinya sewaktu berenang memasuki ruang rahim dan seterusnya ke tiub fallopian utk mensenyawakan telur. Semakin bayak kantung telur membesar, semakin banyak lendir yg keluar sehingga membasahi seluar dalam. Selepas ovulasi, peningkatan paras hormon progesteron menyebabkan lendir ini bertukar pekat keputihan dan kental bagi menyekat pergerakan sperma-sperma baru.

Selasa, 17 Ogos 2010

Mandi Wajib Yang semPurna

Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)

Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula:

ثم أتيته بالمنديل فرده

Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, lalu Baginda SAW menolaknya.

Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:

1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.

2) Membaca ‘Bismillah’.

3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.

4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri

5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.

6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.

7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:

ثم يدخل أصابعه في الماء، فيخلل بها أصول شعره، ثم يصب على رأسه ثلاث غرف بيديه

“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”

Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):

. بدأ بشق رأسه الأيمن. ثم الأيسر

Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.

Bagi wanita yang dalam keadaan junub, diblehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.

عن أم سلمة، قالت: قلت: يا رسول الله! إني امرأة أشد ضفر رأسي. فأنقضه لغسل الجنابة؟ قال “لا. إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات. ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين

Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)

Akan tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:

دعي عمرتك، وانقضي رأسك، وامتشطي

“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

8)Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.

عن عائشة؛ قالت: إن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب التيمن في شأنه كله. في نعليه، وترجله، وطهوره

Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:268)

9) Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani)

10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.

Ahad, 15 Ogos 2010

download tuhan berikan aku cinta mp3s

download tuhan berikan aku cinta mp3s